Tuesday, March 8, 2016

4 Hari Tayangan, Filem Animasi BoBoiBoy Raih Kutipan Luar Biasa!

Filem animasi BoBoiBoy: The Movie kini telah berjaya mengutip RM3.5 juta bagi empat hari tayangan, mulai Khamis lalu. Filem animasi terbitan Animonsta Studio dan edaran Primeworks Studios itu menunjukkan kutipan luar biasa sejak hari pertama ditayangkan.


Filem ini mengaut RM500,000 apabila ditayangkan di 107 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei Darussalam.

4 Hari Tayangan, Filem Animasi BoBoiBoy Raih Kutipan Luar Biasa!

Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alaudin, berkata sambutan penonton terhadap filem itu agak luar biasa.
"Ini adalah sambutan yang agak luar biasa apabila melihat graf kutipan naik mendadak hingga semalam (kelmarin). Saya melihat fenomena ini berlaku selepas industri perfileman kita sudah lama tidak menerbitkan filem animasi yang sudah mempunyai jenama kukuh.
"Selain itu, faktor lain adalah jalan cerita BoBoiBoy: The Movie yang bersifat kekeluargaan. Malah, kebanyakan penonton yang berkunjung ke pawagam adalah dalam kumpulan berkeluarga.
"Saya menjangka kutipan filem ini akan terus meningkat apatah lagi dalam musim cuti sekolah yang bermula Sabtu ini," katanya yang dihubungi BH Online.
4 Hari Tayangan, Filem Animasi BoBoiBoy Raih Kutipan Luar Biasa!

BoBoiBoy: The Movie yang diangkat dari siri animasi BoBoiboy yang ditayangkan di TV3 sejak tahun 2011, menjadi kegilaan kanak-kanak bukan saja di Malaysia, malah negara jiran seperti Indonesia.

Iesta berkata, promosi berterusan sejak dua bulan lalu menjadi faktor penting dalam menyumbang kejayaan animasi bertemakan persahabatan yang berkisar kisah adiwira kanak-kanak.
"Sejak dua bulan lalu, kami mula bertungkus-lumus menggiatkan usaha promosi terutama menggunakan apa saja platform Media Prima Bhd bermula online, radio sehinggalah televisyen (TV)," katanya.

4 Hari Tayangan, Filem Animasi BoBoiBoy Raih Kutipan Luar Biasa! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.