Saturday, March 26, 2016

30 Terbunuh Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Padang Bola

HILLA: Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 65 cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di padang bola pada ketika piala diserahkan kepada pemenang selepas kejohanan bola sepak tempatan di selatan Baghdad pada Jumaat, kata polis dan pegawai perubatan.


30 Terbunuh Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Padang Bola

Dalam insiden itu, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai di atas padang bola yang mana sebelum itu penyokong, pegawai dan pasukan keselamatan berkumpul selepas permainan tamat. 
"Mereka baru menyampaikan trofi kepada pemenang apabila pengebom berani mati tiba-tiba meletupkan dirinya di tengah kehadiran penonton," kata kapten polis dari perkampungan, Al-Asriya yang memberitahu AFP. 
Gambar diambil daripada rakaman video saat pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran orang ramai. - Sumber Twitter
Perkampungan Al-Asriya terletak berhampiran bandar Iskandariyah iaitu kira-kira 40 kilometer dari selatan ibu negara .

Sumber Berita Harian 

30 Terbunuh Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Padang Bola Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.