Monday, February 29, 2016

Wanie, Qody, Fareez Cetus Fenomena Luar Biasa... Layak Ke Final Mentor Milenia!

Semalam telah bersiaran secara langsung konsert separuh akhir Mentor Milenia dimana menyaksikan tiga protoge iaitu Wanie, Qody dan Fareez bakal berentap ke pentas final program realiti itu pada Ahad depan.


Walaupun persembahan pada minggu ini memberi kelainan pada peserta yang berentak malangnya rezeki tidak memihak kepada protoge Zetty dan Ebba yang terpaksa meninggalkan pentas separuh akhir Mentor Milenia yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Wanie, Qody, Fareez Cetus Fenomena Luar Biasa... Layak Ke Final Mentor Milenia!

Bagi konsert minggu ini, protoge Zetty, Fareez, Wanie, Qody, dan Ebba dikehendaki membuat persembahan solo medley dan duet bersama artis pilihan.

Sementara itu, Wanie dinobatkan juara mingguan sekaligus membawa pulang tunai sebanyak RM1,000.

Penyanyi itu mendendangkan lagu medley Diam Diam Jatuh Cinta dan duet Bujang Dara serta Nilai Cinta bersama Farhan dimana mendapat pujian hebat daripada juri profesional Ajai.

Sebelum ini, Qody memegang gelaran juara mingguan selama tiga minggu berturut-turut.

Turut memeriahkan suasana di studio ialah persembahan protoge pilihan, Arif yang menyampaikan lagu medley Syukur dan Chantek.

Juri profesional bagi konsert separuh akhir Mentor Milenia ialah Ajai dan Azmeer.

Wanie, Qody, Fareez Cetus Fenomena Luar Biasa... Layak Ke Final Mentor Milenia! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.