Wednesday, February 3, 2016

Video Pelajar Menengah Dipaksa Jilat Jalan Jadi Viral... HARAM JADAH!!

Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 'view' dan 541 'like', dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.


Video Pelajar Menengah Dipaksa Jilat Jalan Jadi Viral... HARAM JADAH!!

Dalam video itu menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.
"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.
Video Pelajar Menengah Dipaksa Jilat Jalan Jadi Viral... HARAM JADAH!!
Keratan Video.
Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.
"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-




Video Pelajar Menengah Dipaksa Jilat Jalan Jadi Viral... HARAM JADAH!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.