Thursday, February 18, 2016

Suasana Pilu Selubungi Tanah Perkuburan! Jenazah Empat Remaja Selamat Dikebumikan

JOHOR BAHRU - Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi semalam selamat dikebumikan, di sini malam tadi.

Jenazah Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.  

Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.

Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.

Suasana Pilu Selubungi Tanah Perkuburan! Jenazah Empat Remaja Selamat Dikebumikan

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah dalam suasana hiba bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.  

Sebelum ini, empat remaja yang kesemuanya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang Rabu lepas ketika dalam perjalanan dari sini ke Terengganu untuk bercuti.

Mengikut laporan yang diterima polis daripada keluarga, kesemua mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, kira-kira 9.30 malam Rabu lepas dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord.

Selepas dua jam bertolak kira-kira 11.30 malam, mereka gagal dihubungi oleh keluarga menerusi telefon bimbit masing-masing.

Namun, misteri kehilangan mereka terjawab selepas kereta tersebut bersama mayat mereka ditemui pagi semalam.

Sumber Sinar Harian 

Suasana Pilu Selubungi Tanah Perkuburan! Jenazah Empat Remaja Selamat Dikebumikan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.