Monday, February 1, 2016

SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.


Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sementara itu, status yang dimuat naik oleh Haziq menerusi Tweet beberapa hari sebelum beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya mendapat perhatian netizen di laman media sosial tersebut.

SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

Para netizen dalam pada itu terutama rakan mangsa turut mengucapkan takziah dan menyampaikan perasaan hiba di atas apa yang berlaku.

SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

Tiap yang hidup PASTI merasai mati. Sebak!! Arwah seolah-olah tahu bahawa dirinya akan dijemput sang Ilahi. Sama-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah. Semoga roh arwah Muhammad Haziq dan juga bapanya Janudin dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman!

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.