Monday, February 15, 2016

Saya Terdengar Suara Wanita Menangis, Semakin Lama Bunyinya Semakin Kuat Dan Menyeramkan!!

PINANG TUNGGAL -"Saya terdengar suara wanita menangis, semakin lama bunyinya semakin kuat dan menyeramkan," cerita penduduk di Kampung Pekan Rabu, Pinang Tunggal.


Mazlan Mat Deris,50 berkata ketika itu jam di tangannya menunjukkan pukul 1 pagi.
“Mula saya ingatkan bunyi tersebut datang dari rumah berhampiran, saya cuba meneka bunyi itu datang dari arah mana.
“Masa itu saya berada di kedai makan, dengar bunyi tersebut datang dari sebuah jambatan keretapi lama yang tidak lagi digunakan,” katanya.
Saya Terdengar Suara Wanita Menangis, Semakin Lama Bunyinya Semakin Kuat Dan Menyeramkan!!

Hati Mazlan berdegup kencang tatkala teringat tiada lagi rumah yang ada di kawasan tersebut.
“Dahulunya kawasan berhampiran jambatan keretapi lama ini sememangnya ada rumah-rumah yang diduduki orang kampung.
“Namun mereka telah berpindah dari situ sejak bertahun yang lalu, bila teringat tentang perkara tu, saya jadi kaku tambahan pula mendengar suara tangisan yang makin lama makin kuat dan nyaring,” katanya.
Menceritakan mengenai kisah yang dialaminya itu, Mazlan berkata suara itu bukan pertama kali didengarnya.
“Kedai makan yang selalu saya datang ini milik adik saya, jadi memang saya selalu ada sini, kadang-kadang sampai larut malam ada sini berbual dengan rakan-rakan.
“Memang suara tangisan itu selalu saya dengar, tak tahulah nak gambarkan macam mana suaranya tapi ianya seakan-akan suara perempuan menangis,” katanya.
Katanya, mungkin apa yang dialaminya itu bagi sesetengah orang menyangka ianya hanya satu gurauan.
“Tapi memang saya dengar suara tangisan tersebut dengan jelas, ianya selalu saya dengar tengah malam dalam pukul 12 malam hingga ke 1 pagi macam itu.
“Biasalah benda-benda macam ini, kadang-kadang dia hanya mahu menguji kita, dia tak ganggu pun, cuma mungkin dia nak uji,” katanya dengan muka serius.
Saya Terdengar Suara Wanita Menangis, Semakin Lama Bunyinya Semakin Kuat Dan Menyeramkan!!

Mazlan yang merupakan penduduk asal di sini menceritakan sedikit sebanyak kisah mengenai jambatan lama ini.
“Dari apa yang saya dapat tahu tentang sejarah jambatan kereta api lama ini, jambatan ini dibina sejak zaman penjajahan British lagi.
“Memang jambatan ini jambatan lama, mungkin sebab itu kawasan di sini agak keras sedikit, silap cakap mungkin bahaya menanti,” katanya.
Jelmaan wanita

Kisah misteri di Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal yang menyusuri sepanjang Sungai Muda tidak terhenti di situ sahaja.

Mazlan berkata antara cerita yang menjadi perbualan hangat di sini adalah jelmaan wanita berpakaian putih di satu sudut di jambatan ini.
“Ada juga beberapa orang yang pernah nampak, mereka datang nak memancing, lebih kurang malam dalam pukul 10 hingga 11 malam macam tu,
“Tiba-tiba mereka ternampak ada satu susuk tubuh lembaga seakan- akan wanita berpakaian putih di situ, memang terkejut la, balik rumah terus demam,” katanya.
Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dirinya adalah mendengar sendiri suara tangisan di jambatan tersebut.
“Bagi saya itu antara pengalaman menakutkan, susah nak gambar perasaan saya masa itu. “Apa pun saya percaya kalau tempat- tempat lama macam ini ada pantang larangnya, tak boleh main cakap saja, paling penting mulut kena jaga,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1)  (Video) Lelaki Gila Bunuh Kekasih Bekas Isteri Dengan Kejam!

2) (Video) Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS - INSIDEN NGERI

3) (VIDEO) Ikan Masih Hidup Walaupun Sudah Dimasak

Saya Terdengar Suara Wanita Menangis, Semakin Lama Bunyinya Semakin Kuat Dan Menyeramkan!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.