Saturday, February 20, 2016

PANAS! Zahid Hamidi Dedah Punca PM Najib Sering Dihujani 'Peluru' Kritikan... MENGEJUTKAN!!

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyebabkan Perdana Menteri dihujani dengan "peluru-peluru" kritikan yang pelbagai.

Beliau berkata, zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat.

   
Tambahnya, media 'konvensional' yang melaporkan setiap fakta tepat atas platform jelas, turut membidas "wartawan" tanpa platform sebenar serta menulis mengikut 'suka hati' di media-media sosial.

PANAS! Zahid Hamidi Dedah Punca PM Najib Sering Dihujani 'Peluru' Kritikan... MENGEJUTKAN!!

Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajaan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi.
"Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil," katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja.
PANAS! Zahid Hamidi Dedah Punca PM Najib Sering Dihujani 'Peluru' Kritikan... MENGEJUTKAN!!

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini.

Ahmad Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.
   
Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai. 

Sumber Sinar Harian

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 



PANAS! Zahid Hamidi Dedah Punca PM Najib Sering Dihujani 'Peluru' Kritikan... MENGEJUTKAN!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.