Wednesday, February 17, 2016

PANAS! Syarat Mengejutkan Dato Seri Vida Jika Mahu Bantu Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain PQPTRW

Nama Dato Seri Vida tidak asing lagi untuk diperktakan, bak kata sering menjadi bualan ramai. Terkini pula dilaporkan beliau bersedia mempertimbangkan untuk melelong sebentuk cincin kesayangannya untuk membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Pasukan The Red Warrior.


Namun apa yang menarik perhatian, disebalik cadangan yang dikemukakan terdapat syarat yang perlu pemain lakukan. Agak melucukan syarat yang ditetapkan namun harus akui ada banyak kebaikannya. 

PANAS! Syarat Mengejutkan Dato Seri Vida Jika Mahu Bantu Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain PQPTRW

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran.
"Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih.
"Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran)," katanya dalam satu temu bual bersama mStar Online baru-baru ini.
PANAS! Syarat Mengejutkan Dato Seri Vida Jika Mahu Bantu Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain PQPTRW

Menurut Dato Seri Vida lagi, pertimbangan tersebut hanya membabitkan tunggakan gaji bagi pemain yang masih bersama PQPTRW musim ini.
"Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual," katanya.
Pada masa sama, Dr Vida mendedahkan semua pemain Kelantan yang beragama Islam diwajibkan untuk membaca al-Quran setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.
"Pemain tak boleh ponteng. Saya dah maklumkan kepada pemain sekurang-kurangnya satu jam kena khatam al-Quran. Saya akan cari guru mengajar al-Quran untuk mereka," katanya.

PANAS! Syarat Mengejutkan Dato Seri Vida Jika Mahu Bantu Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain PQPTRW

Sementara itu, tindakan ini dibuat bertujuan menekankan aspek kerohanian di dalam pasukan ini agar pemain memperoleh ketegangan jiwa ketika bermain bola sekaligus dapat memantapkan lagi ilmu agama dalam diri setiap pemain.
"Pemain PQPTRW bukan sahaja pandai bermain bola tetapi mereka turut akan dilengkapi nilai kerohanian. Saya cuba bawa ibadah ke dalam sukan agar apa yg kita impikan musim ini mendapat keredaan dan keberkatan-Nya," kata Dr Vida.
Wahhh! Memang hebat la Dato Seri Vida ni, TABIK SPRING. Semoga segala yang dilakukan Dato Seri Vida mendapat ganjaran yang berlipat ganda dariNya. InshaAllah!

LAGI ARTIKLE MENARIK:-



PANAS! Syarat Mengejutkan Dato Seri Vida Jika Mahu Bantu Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain PQPTRW Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.