Wednesday, February 3, 2016

PANAS! Mukhriz Sedia Letak Jawatan

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas kemelut kepimpinan di negeri itu berlarutan selama lebih kurang dua minggu.


Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.

PANAS! Mukhriz Sedia Letak Jawatan

Percubaan ketiga  untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.

Menteri besar yang kini menjadi perhatian ramai ini dipercayai telah bersetuju untuk berundur walaupun sehingga laporan ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah menandatangani surat itu.

PANAS! Mukhriz Sedia Letak Jawatan

Walau bagaimanapun, difahamkan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih enggan menerima Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti. Ahmad Bashah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, senator dan timbalan menteri.

Pihak istana dikatakan lebih cenderung kepada Aahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang mempunyai PhD dari sebuah universiti British.

PANAS! Mukhriz Sedia Letak Jawatan

Difahamkan bahawa Perdana Menteri telah berhubung dengan Tunku Temenggong Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, ketua ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyelesaikan perkara ini.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berdepan beberapa hari yang dramatik yang termasuk bertemu dengan semua Adun di Kedah di Alor Setar, manakala pihak media 'berkampung' di luar menunggu berita mengenai perkembangan terkini mengenai krisis.

Sumber Mstar Online 

PANAS! Mukhriz Sedia Letak Jawatan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.