Tuesday, February 16, 2016

PANAS! Lantang Mengkritik PM, Tun M Bakal Terima Padah

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa seolah-olah memberi amaran untuk menangkapnya gara-gara lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui catatan terbaharu di blognya, Tun Mahathir berkata, “ketua penerangan (Annuar) yang baharu kata saya melakukan ini kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas boleh jadi satu amaran untuk menangkap saya.”


Sebelum ini, Annuar berkata tindakan berterusan Tun Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

PANAS! Lantang Mengkritik PM, Tun M Bakal Terima Padah

Kata Annuar, tindakan boleh diambil ke atas Tun Mahathir sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung kenyataan menghasutnya itu.

Sumber Sinar Harian

PANAS! Lantang Mengkritik PM, Tun M Bakal Terima Padah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.