Saturday, February 13, 2016

PANAS! Bapa Bengang Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

Sedia maklum virus Zika kini menjadi bualan ramai di media sosial. Berikutan itu, seorang bapa telah meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila anak kesayangannya yang menghidap penyakit microcephaly & Cerebral Palsy (CP) menjadi mangsa fitnah media sosial apabila ada beberapa blog memuatnaik mengenai artikel anaknya itu yang  didakwa terkena jangkitan virus Zika.


PANAS! Bapa Bengang Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

Bapa kepada kanak-kanak berkenaan menerusi laman Facebook Mohd Shahir Kamaruddin tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyatakan dia hilang sabar apabila membaca tajuk beberapa blog yang memfitnah anaknya Adam yang berbunyi "Virus Vika,'Kami Redha Dengan Ketentuan-Nya' sambil menunjukkan Shahir dan isteri sedang mendukung Adam dan "Nursyahidda, Dari Tanjung Malim Lahirkan Anak Virus Zika".

PANAS! Bapa Bengang Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

PANAS! Bapa Bengang Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

Menurut Shahir, anaknya yang dilahirkan pada pada 26/8/13 Adam di diagnose sebagai microcephaly & Cerebral Palsy (CP) dan ia langsung tiada kena mengena dengan virus Zika.
"Virus Zika tidak memang tidak ada kena mengena langsung dengan Adam, harap pihak blogger-blogger yang menyatakan tajuk isteri saya melahirkan anak dari Zika padam semua kenyataan berkenaan."
"Sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai virus ini(di Malaysia), jangan terus menyebar fitnah."
"Tajuk artikel berkenaan perlu diperbetulkan supaya orang tidak salah anggap, hentikan sebelum saya melaporkan kepada pihak berkuasa," tegas Shahir yang ternyata kecewa.
Untuk pengetahuan, Cerebral palsy (CP) adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerak, keseimbangan dan postur tubuh disebabkan oleh cedera otak atau kurangnya asupan oksigen ke otak saat proses kelahiran, sehingga mengakibatkan perkembangan abnormal pada kendali otot dan gerakan. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




PANAS! Bapa Bengang Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.