Saturday, February 13, 2016

PADAH Susukan Anak Dalam Kereta, Wanita Kongsi Detik Cemas Nyawa Anak Hampir Melayang!

Nampak tak bahaya tapi inilah realiti yang berlaku. Buat ibu bapa berhati-hatilah semasa menyusukan anak dalam kereta. Kisah ini dikongsikan oleh seorang ibu menghadapi detik cemas apabila bayinya muntah secara tiba-tiba dalam kuantiti yang banyak selepas menyusukan bayinya di dalam kereta.


Ikuti kisah selanjutnya:-

Cerita Pagi Tadi

Zainab tiba-tiba muntah macam air paip sangat-sangat banyak! Nasib baik jadi depan kami so kami angkat dan tepuk belakang badan dia still keluar lagi mencurah.

Jadi kat kedai makan.

Kami terus bawak zainab pergi jumpa doc pakar kanak2. Lepas doc interview apa yang jadi kat Zainab tadi tu dia panggil refluction.

PADAH Susukan Anak Dalam Kereta, Wanita Kongsi Detik Cemas Nyawa Anak Hampir Melayang!

Sebabnya menyusu dalam kereta (masa kereta bergerak) pastu masa kami berhenti duduk makan kami baringkan dia (10minit lepas menyusu). Doc kata masa dia tengah menyusu dalam kereta tu perut zainab dah bergelodak.

Doc siap bagi contoh, imagine kita minum air masa kereta tengah bergerak 90km/jam. Macam tu lah baby cuma dia tak boleh nak cakap..

So masa zainab baring time tu la jadinya refluction. Kami bernasib baik sebab kami nampak kalau tak, ada kemungkinan zainab lemas dalam muntah dia yang banyak tu..

Kes yang sama baru jadi kat klinik tu dan baby tu x bernasib baik meninggal. Breastfeed dalam kereta dan muntah after 30 minit.

Doc cakap jangan susukan baby dalam kereta baik bf ataupun botol..nak menyusu berenti dulu..

Allhuakbar terima kasih Allah masih melindungi Zainab Marissa. DIA warning sikit supaya kami jumpa doc dan tahu cara breastfeed yang betul.

Untuk perut zainab kapasiti kecik kena minum sikit-sikit sampai dia burp ada keluar sikit susu, then stop sebab perut zainab kecik tapi kena kerap.

Lepas tu, doc suh ummi mulakan breakfast pagi dengan kismis kurma dan air zamzam untuk ibu yang fully breastfeed. InshaAllah nutrisi yang baby dapat daripada susu baik untuk sepanjang hari.

Lepas menyusu jangan terus baring burp kan dan bagi dia duduk dulu dalam 5minit. Kalau tak, boleh terkeluar balik.

Apa-apa pun semua tu asbab, cuma tanggungjawab kita adalah mencegah lepas tu put our faith to HIM. Semoga anak-anak kita terus dilindungiNYA.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


PADAH Susukan Anak Dalam Kereta, Wanita Kongsi Detik Cemas Nyawa Anak Hampir Melayang! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.