Saturday, February 13, 2016

Menteri Pengangkutan Tempis Dakwaan Juruterbang MH370 Ditemui Di Taiwan!

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat menafikan laporan yang mendakwa juruterbang MH370 sudah dijumpai dan sedang dirawat di sebuah hospital di Taiwan. 
"Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
"Jangan buat spekulasi," kata Liow selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Artikel menarik:- BACA! Inilah Respon Slumber Menteri Besar Kelantan Bila Dato Seri Vida Hasrat Bina Hotel Enam Bintang

Menteri Pengangkutan Tempis Dakwaan Juruterbang MH370 Ditemui Di Taiwan!

Portal worldnewsdailyreport.com mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung, yang kemudian menghantarnya ke Taipei Adventist Hospital. 

Portal itu juga menyiarkan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang disebutnya sebagai Dr Syed Boon Sulong. 

Pejabat Konsulat Malaysia di Taiwan mengesahkan laporan itu sebagai tidak benar. 

Sumber Mstar Online 

Menteri Pengangkutan Tempis Dakwaan Juruterbang MH370 Ditemui Di Taiwan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.