Saturday, February 13, 2016

MENGEJUTKAN! Penyelidik Dedah Angka Kematian Akibat Pencemaran Udara

WASHINGTON: Pencemaran udara membunuh lebih 5.5 juta penduduk seluruh dunia setiap tahun, dengan separuh daripada kematian dicatatkan di China dan India, kata penyelidik.

Profesor Michael Brauer dari Sekolah Kependudukan dan Kesihatan Awam Universiti British Columbia di Vancouver, Kanada, berkata bilangan kematian pramatang akan terus meningkat kecuali langkah agresif menangani pencemaran diambil

"Pencemaran udara adalah faktor risiko keempat tertinggi bagi kematian seluruh dunia dan mendahului faktor risiko bagi penyakit," katanya pada seminar Persatuan Kemajuan Sains Amerika Syarikat di Washington. 
Artikel menarik:- (GAMBAR) Nasi Lemak Spiderman RM2.00 Jadi Viral... OHSEM!!

MENGEJUTKAN! Penyelidik Dedah Angka Kematian Akibat Pencemaran Udara

China dan India mencakupi 55 peratus kematian seluruh dunia setiap tahun disebabkan pencemaran udara.

Kira-kira 1.6 juta penduduk maut akibat pencemaran udara di China pada 2013 dan India menyaksikan 1.4 juta kematian disebabkan punca sama.

Menurut kajian Bebanan Penyakit Global yang dilakukan Institut Kesihatan Metrik, pencemaran udara berada di belakang tekanan darah tinggi, gaya pemakanan dan tabiat merokok sebagai faktor risiko keempat paling buruk bagi kematian di seluruh dunia.
"Mengurangkan pencemaran udara adalah cari paling berkesan memperbaiki kesihatan penduduk," kata Brauer.
Sumber Berita Harian 

MENGEJUTKAN! Penyelidik Dedah Angka Kematian Akibat Pencemaran Udara Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.