Tuesday, February 23, 2016

Kisah Sayu Seorang Bekas Guru Yang Dahulu Lulusan UK Kini Jadi Peminta Sedekah Bikin Sebak!

Cuba anda bayangkan, ketika sedang berjalan-jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, tiba-tiba datang seorang fakir menyapa bagi meminta sedekah.

Selepas itu, anda mula perasan peminta sedekah itu merupakan insan yang pernah berjasa kepada anda suatu masa dahulu. Pastinya perasaan anda bercampur baur memikirkan bagaimanakah dia boleh terjerumus dalam kehidupan sebegitu bukan?


Itulah yang dihadapi oleh seorang netizen apabila baru-baru ini dia terserempak dengan bekas gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Siti.

Kisah Sayu Seorang Bekas Guru Yang Dahulu Lulusan UK Kini Jadi Peminta Sedekah Bikin Sebak!

Siapa sangka pertemuan semula dengan Cikgu Siti yang pernah mendidiknya sehingga ke menara gading adalah di dalam situasi yang teramat-amat menyedihkan.

Apakah puncanya? Jom ikuti perkongsian daripada saudari ini.

Subhanallah, apa yang berlaku pada wanita ini? Dulu dia adalah guru sekolah rendah saya. Kini, dia mengemis di sana sini untuk membeli makanan.

Dia duduk di sebelah saya, yang masih mengecam wajahnya walaupun sudah 40 tahun berlalu.

“Nak, boleh minta duit untuk beli makanan?” itu soalan yang dia tanya pada saya.

“Cikgu Siti, Cikgu Siti ni kan?” hati sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir jua air mata di depan wanita ini.

Menurut penduduk sekitar, Cikgu Siti menjadi demikian selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, dia hilang arah sehingga jadi kurang siuman.

Saya masih ingat, dahulu dia adalah cikgu yang sangat berdedikasi, efisyen malah lulusan dari United Kingdom.

Saya berdoa agar Allah melindunginya. Saya bersyukur walaupun kadangkala dilanda kegagalan dalam hidup, Allah masih memberi kekuatan untuk saya menghadapinya. Alhamdulillah.

Sumber : Mynewshub

LAGI ARTIKEL MENARIK:-





Kisah Sayu Seorang Bekas Guru Yang Dahulu Lulusan UK Kini Jadi Peminta Sedekah Bikin Sebak! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.