Wednesday, February 17, 2016

Ikan Pelik Ditemui Terdampar Di Australia Cetus Misteri!

NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Seekor ikan pelik menyerupai buaya di bahagian ekor dan kepala seperti ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Australia.

Ikan tersebut ditemui terdampar di tebing Tasik Macquarie di New South Wales, Australia.


Ethan Tipper merakamkan gambar ikan pelik itu dan memuat naik dilaman sosial namun tiada siapa yang dapat meneka spesis ikan tersebut.

Ikan tersebut mempunyai badan panjang dengan ekor seperti buaya tanpa kaki manakala kepalanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba dan mulut yang dipenuhi gigi tajam.

Ikan Pelik Ditemui Terdampar Di Australia Cetus Misteri!

Sementara itu, pengumpul ikan sebuah muzium di Australia, Mark McGraouter berkata, ikan tersebut berkemungkinan dari spesis belut yang berasal dari laut dalam di pantai timur Australia.
"Ini adalah pertama kali dia melihat spesis ikan seperti itu dan mengesyaki ia ditangkap oleh nelayan," katanya dipetik Mirror.uk
Spesis belut tersebut yang mengelupur apabila ditangkap sehingga merosakkan jaring nelayan boleh membesar sehingga 1.8 meter panjang.

Sumber Sinar Harian

Ikan Pelik Ditemui Terdampar Di Australia Cetus Misteri! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.