Saturday, February 20, 2016

(GAMBAR) Gadis Miliki Wajah Seiras Fazura Jadi Viral!

Menjadi viral di laman sosial selepas sekeping gambar memaparkan seorang remaja yang rupanya seiras selebriti popular Fazura tersebar.

Menurut Nur Shazana Ramli, rezekinya semakin murah berikutan rupanya yang seiras Fazura menyebabkan dia mendapat beberapa tawaran untuk menjadi model dan duta produk.


Shazana mula mendapat perhatian selepas tindakan Fazura yang meninggalkan komen di laman Instagram gadis itu yang mengakui rupa mereka seiras malah lebih cantik darinya.

Ekoran tempias popularitinya, Shazana kini menerima sebanyak tujuh tawaran kerja oleh pelbagai syarikat yang menawarkannya untuk menjadi duta produk dan model pakaian muslimah.

(GAMBAR) Gadis Miliki Wajah Seiras Fazura Jadi Viral!

Menurut Shazana, wajah mirip Fazura yang dimiliki cuma kebetulan dan tiada niat untuk dia meraih populariti semata-mata.
"Sebelum foto di Instagramnya viral, ramai pengikutnya  meninggalkan komen yang mengatakan wajahnya mirip Fazura, dan pelbagai tanggapan seperti adik fazura, pertalian saudara dan sebagainya muncul.
"Masih banyak perkara penting yang harus difikirkan dan diharap agar orang ramai tidak menganggap dirinya sengaja mencari publisiti murahan semata-mata ingin popular," kata Shazana.
Tambahnya lagi, perkara yang terjadi bukan permintaannya dan berlaku di luar jangkaan.
“Saya masih mentah dan masih banyak perkara yang perlu difikirkan, terutamanya pelajaran. InsyaALLAH, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar tidak lama lagi," ujarnya.

(GAMBAR) Gadis Miliki Wajah Seiras Fazura Jadi Viral! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.