Wednesday, February 24, 2016

Dianggap Keterlaluan, Dato Seri Vida BIDAS Kritikan Panas Penyokong PQPTRW

“Kuasa untuk singkir pemain atau jurulatih bukan di tangan saya.” Itu penegasan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr.

Hasmiza Othman terhadap reaksi penyokong Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) di laman sosial yang menyifatkan beliau sudah melangkaui batas apabila mula menegur aspek teknikal pasukan.


Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida menegaskan, beliau berhak menegur pasukan demi memastikan prestasi mereka terus berada di tahap terbaik.

Dianggap Keterlaluan, Dato Seri Vida BIDAS Kritikan Panas Penyokong PQPTRW

Tegasnya lagi, penajaannya hadir dalam satu pakej. Selain menerima wang tajaan, Kelantan juga perlu memberi pulangan dengan mempamer aksi cemerlang.
“Saya akan terus menegur dan diharap mereka (pegawai Kafa dan penyokong) boleh terima dengan baik demi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
“Apa jua komen penyokong saya terima dengan positif dan yang baik kita boleh ambil kira.
“Mereka mungkin salah faham tentang teguran saya, teguran saya tidak bermakna saya mempunyai kuasa untuk buat keputusan ke atas pemain dan jurulatih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Dianggap Keterlaluan, Dato Seri Vida BIDAS Kritikan Panas Penyokong PQPTRW

Ahad lalu, Dr. Vida menegur aksi penyerang import, Dramane Traore yang disifatkan tidak cukup berbisa ketika PQPTRW nyaris dimalukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, sebelum menang 1-0 dalam saingan Piala FA.

Beliau turut menasihatkan penyerang berusia 33 tahun itu memperbaiki permainannya andai mahu kekal lama bersama pasukan.

Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu mempamer aksi yang kurang meyakinkan pada awal saingan 2016 selain masih belum menemui rentak bersama PQPTRW.

Kelmarin, Dr. Vida menegur taktikal jurulatih, K. Devan yang dianggap tidak cukup agresif dalam pertemuan dengan UKM.
“Penyudah 1-0? Devan? UKM yang terlalu agresif? Jangan libatkan Bojan (Hodak) dulu, kita bincang senario terkini dan ambil iktibar,” katanya dalam Facebook.
Dianggap Keterlaluan, Dato Seri Vida BIDAS Kritikan Panas Penyokong PQPTRW

Selepas mengharungi tiga perlawanan musim ini, Kelantan gagal menunjukkan prestasi meyakinkan.

Mereka seri 0- 0 dengan Perak dalam aksi pembukaan Liga Super, sebelum menewaskan PDRM 1-0 pada perlawanan kedua. Diikuti kemenangan tipis ke atas UKM.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Dianggap Keterlaluan, Dato Seri Vida BIDAS Kritikan Panas Penyokong PQPTRW Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.