Sunday, February 21, 2016

Dato Seri Vida Dedah Lantik Dua 'Mata-Mata' Pantau Gerak Geri Pemain PQPTRW Di Luar Padang

PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan dua individu sudah dikenal pasti untuk menganggotai Jawatankuasa Pemantau Pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada musim ini.


Namun, jutawan kosmetik itu enggan mendedahkan identiti dua individu terbabit yang disifatkan sebagai 'mata-mata' di dalam pasukan kerana tidak mahu pemain mengenali mereka.
"Saya tak nak nanti bila pemain kenal dan cuba dekat dengan mereka, akan timbul isu berat sebelah. Saya juga tidak mahu pemain cuba menyorok kelakuan sebenar mereka. Itu yang saya cuba elakkan.
"Mereka tak perlu tahu identiti dua individu tersebut, biarlah saya seorang sahaja yang kenal. Yang penting pemain perlulah jaga disiplin dan kelakukan mereka selepas ini,"  katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dato Seri Vida Dedah Lantik Dua 'Mata-Mata' Pantau Gerak Geri Pemain PQPTRW Di Luar Padang

Menurut Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida, dua individu tersebut yang berpengalaman luas dalam arena sukan tanah air akan memulakan tugas mereka bermula bulan depan.
"Buat masa ini kita mulakan dulu dengan dua 'mata-mata' ini yang akan memantau setiap gerak-geri pemain terutama aktiviti mereka di luar padang.
"Mereka akan melaporkan kepada saya mengenai rutin harian setiap pemain. Jadi pemain kena lebih berhati-hati, jaga kelakuan masing-masing," katanya.
Sebelum ini, mStar Online melaporkan Dato Seri Vida sedang mempertimbangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau disiplin pemain supaya lebih fokus memantapkan corak permainan masing-masing sepanjang musim ini.

Beliau akan melantik beberapa individu berpengalaman dalam arena bola sepak tanah air untuk menganggotai jawatankuasa bebas yang ditubuhkan atas inisiatifnya bagi memperkasa skuad PQPTRW.

Dato Seri Vida Dedah Lantik Dua 'Mata-Mata' Pantau Gerak Geri Pemain PQPTRW Di Luar Padang

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Vida berkata Kafa menyambut baik inisiatif tersebut yang dianggap sebagai jalan terbaik untuk memastikan pemain menekankan aspek disiplin semasa di atas mahupun luar padang.
"Mereka bagi maklum balas positif dan mengalu-alukan cadangan tersebut semasa perbincangan tempoh hari. Penubuhan jawatankuasa ini bukan mahu 'merantai' pergerakan pemain tetapi bagi mengelak berlaku masalah yang boleh menjejaskan tumpuan dan pretasi mereka," katanya.
Dato Seri Vida Dedah Lantik Dua 'Mata-Mata' Pantau Gerak Geri Pemain PQPTRW Di Luar Padang

Jelas beliau lagi, penubuhan jawatankuasa itu amat penting bagi memastikan pemain terus komited menggembalikan zaman kegemilangan PQPTRW seiring dengan penjenamaan semula pasukan selepas menerima peruntukan besar musim ini.
"Saya mahu pemain lakar kemenangan demi kemenangan kepada pasukan. Biarlah pelaburan besar saya kepada pasukan nampak berbaloi. Jika usaha keras mereka menampakkan hasil, jangan risau adalah sesuatu yang menanti mereka nanti," katanya. 
Sumber Mstar Online

LAGI ARTIKEL MENARIK:-





Dato Seri Vida Dedah Lantik Dua 'Mata-Mata' Pantau Gerak Geri Pemain PQPTRW Di Luar Padang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.