Thursday, February 18, 2016

BIKIN PANAS! Punca Sebenar Lelaki Pukul Isteri Jadi Viral Terbongkar... Fuhh Biar Betul?!!

Sejak minggu lalu menjadi viral di laman sosial dengan sebuah video menunjukkan seorang lelaki memukul isteri menggunakan kasut di tepi jalan. Ekoran itu, seorang lelaki dipercayai jiran kepada lelaki yang ditahan baru-baru ini tampil menjelaskan keadaan sebenar dan meminta agar orang ramai tidak terus menghukum lelaki terbabit jika tidak tahu perkara sebenar.

“Jangan hukum dia sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Azman, 35, berhubung cemuhan orang ramai terhadap tindakan jirannya memukul isteri di jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, Batu Pahat, Jumaat lalu.
Menurut Azman, kebanyakan jiran lelaki terbabit secara umumnya mengetahui berhubung penyakit dihidapinya dan sudah biasa dengan sifatnya yang kadangkala bertindak di luar kawalan.

BIKIN PANAS! Punca Sebenar Lelaki Pukul Isteri Jadi Viral Terbongkar... Fuhh Biar Betul?!!

Tambah beliau lagi,  ada ketika jirannya itu agak peramah dan adakalanya dilanda kemurungan akibat masalah dihadapinya yang tidak diketahui orang lain melainkan keluarganya.
“Kami di sini memang sedia maklum dia sakit dan isterinya yang menjaganya sejak beberapa tahun lalu. Ada ketika dia sihat, tetapi jika tidak sihat, isterinya yang menjaganya di rumah,” katanya.
Menurut Azman juga, kali terakhir dia berjumpa suami isteri terbabit pada Sabtu lalu selepas rakaman video membabitkan pasangan itu tersebar di media sosial.

BIKIN PANAS! Punca Sebenar Lelaki Pukul Isteri Jadi Viral Terbongkar... Fuhh Biar Betul?!!
Kediaman keluarga terbabit yang dikunci dipercayai pulang ke kampung selepas video terbabit viral. - Foto : Harian Metro
Namun, menurutnya, jirannya itu kelihatan seperti biasa dan tidak berkelakuan pelik mahupun bergaduh ketika di rumah selepas video itu tersebar.
“Sepanjang tiga tahun tinggal berjiran, sekali pun saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh. Namun, saya tahu adakalanya isterinya terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada suami jika datang ‘angin’ dia,” katanya.
Azman berharap agar orang ramai tidak memberi tohmahan negatif kepada keluarga terbabit hingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.
“Sehingga hari ini, isteri dan tiga anaknya tidak balik ke rumah dan mungkin pulang ke kampung mereka di Kemaman, Terengganu,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:- 



BIKIN PANAS! Punca Sebenar Lelaki Pukul Isteri Jadi Viral Terbongkar... Fuhh Biar Betul?!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.