Tuesday, February 2, 2016

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit!

Jika baru-baru ini Afdlin Shauki pernah mencetuskan kontroversi panas apabila BIKIN PANAS! Afdlin Shauki Persoal Trend Penajaan Dato Seri Vida Terhadap TRW namun kali ini lain pula ceritanya. Wahh berani betul yer beliau bila bercakap. Tapi setiap pandangan atau pendapat yang dilontarkan ada betulnya. 


Juallah maruah kamu Malaysia. Tak payahlah belajar susah-susah lagi. Cikgu di universiti, di sekolah semua buang masa saja sebab pada akhirnya kita semua akan mendengar kata-kata orang yang berduit. Tak payahlah nak belajar teruk-teruk sangatlah jika begini.

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit!

Ramai yang cakap kita patut sokong Melayu. Saya kata kita sokong semua orang tanpa mengira bangsa. Apa? Kalau Melayu nak menjahanamkan Melayu, kita kena sokong juga ke? 

Industri seni ini industri kesayangan saya dan ramai lagi pengusahanya dan kita berusaha serta belajar bertahun-tahun nak buat sesuatu yang baik dan membanggakan.

Contohnya, kalau anda doktor dan ada syarikat pharma nak menaja ubat-ubatan yang anda rasa tidak sesuai. Tetapi kerana dia memberikan anda duit, adakah anda sanggup memberi ubat-ubatan itu kepada pesakit anda?

Kadang-kadang tiada gunanya bercakap dengan orang yang tidak faham kerana mereka tidak peduli pun perihal industri anda.

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit!

Seperkara lagi, mengapa pula timbul isu dengki? Saya nak dengki apa? Saya dah cukup dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi apa nak jadi dengan industri saya kalau integriti kerja kita pun terganggu? Mungkin saya bodoh, tetapi saya dari dulu tak bekerja kerana duit.

Dan disebabkan itu juga saya pernah batalkan penerbitan satu program besar kerana saya memboikot syarikat yang ingin menaja program saya itu adalah syarikat yang menyokong golongan zionis Israel. Pada ketika itu, syarikat saya tidak bekerja selama 6 bulan. Tetapi rezeki di tanggan Allah SWT dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami.

Integriti itu penting dalam kerja kita. Saya bersuara kerana saya tidak mahu melihat industri menjadi hamba kepada duit. Kita boleh bekerjasama dengan duit dengan menimbulkan situasi win-win. Kedua-dua pihak pula boleh mendapat faedah dari good working relationship. Tetapi ramai yang tidak kisah dan tidak menghormati industri kami. 

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit!

Saya faham kerana ia adalah industri hiburan. Lagholah. Orang yang tidak berpelajaran pun boleh berjaya. Tetapi bila terasa sunyi dan sedih, hiburan juga yang dicari.

Hiburan juga boleh mempunyai pelajaran dan ilmu. Tetapi mungkin itu bukan yang dimahukan daripada syarikat yang hanya mahu hardsell produk mereka. Hardsell bermaksud menjual  nama produk tak henti-henti sampai orang rasa terganggu dari tujuan asal menonton rancangan tersebut. 

Soft selling pula akan memberikan impak jangkamasa panjang untuk sesuatu syarikat itu mengenai produk yang dijual akan nampak lebih tinggi statusnya. Sebagai contoh, iklan Petronas yang sentiasa memberikan impak tinggi kepada rakyat Malaysia saban tahun di waktu musim perayaan dan hari kebangsaan. Meskipun tiada nama Petronas disebut dalam iklan itu, namun impaknya berpanjangan dan ini digelar sebagai psychology pemasaran.

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit!

Saya berbangga dengan orang Melayu yang berjaya. Saya bangga dengan orang Cina yang berjaya, saya bangga dengan semua rakyat Malaysia yang berjaya dan ini bukan isu dia. Isu dia adalah anda sebagai penonton dan saya sebagai  orang industri. Yang saya risaukan ialah masa depan industri ini. 

Saya tidak peduli dengan pendapat orang yang tidak berpelajaran yang tidak berbincang menggunakan akal. Tetapi kalau berbincang, anda perlu faham subjek dan bukannya main hentam saja baru boleh berbincang. Tetapi kepada mereka yang saja nak mencari pasal dengan memanggil saya gemuklah, apalah, golongan Melayu terpelajar seperti ini tidak perlulah menimbulkan masalah di sini sebab saya akan delete dan block saja kerana ini adalah ruangan saya. Assalamualaikum.

Bikin Panas! Afdlin Shauki Buat Hal Lagi... Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.