Thursday, February 25, 2016

Adik Kasi Je Duit, Ingatkan Merayu Minta Duit Untuk Isi Minyak Rupa-Rupanya… GERAM!!

Percaya atau tidak orang melayu kita ni terlalu cepat simpati dan suka menolong orang meskipun orang tu tidak dikenali. Maklumlah, hari ni hari dia yang susah, kita tolong. Esok lusa pulak mungkin hari kita. Haaa kata-kata tulah yang dipegang sehingga kini. Betul tak? Dan kerana itulah ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas pertolongan yang dihulurkan. Namun tidak semua!


Lega rasa dapat menolong mereka yang tidak berkemampuan, lagi-lagi jauh di sudut hati niat kita buat sesuatu tu ikhlas nak meringankan beban orang yang minta bantuan kepada kita tu. Tapi lain pula cerita dengan seorang pelajar yang membantu seorang wanita yang tidak dikenalinya. Lepas hulurkan bantuan, mulanya pelajar tersebut rasa geram kerana wanita tersebut menipunya namun hatinya sedih dan kecewa selepas melihat situasi sebenar. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Adik Kasi Je Duit, Ingatkan Merayu Minta Duit Untuk Isi Minyak Rupa-Rupanya… GERAM!!

Ceritanya gini, aku baru shopping sikit barang dapur kat Econsave, lepas sumbat barang kat bonet aku masuk la dalam kereta. Kereta aku park kat basement. Sementara tu aku scroll la hp reply WhatsApp sebelum start enjin and jalan..

Tetiba ada sorang sister nie dalam rate umur 20 something datang ketuk cermin tingkap kereta aku. Muka akak tu memang kusut giler. Aku pun turunkanlah cermin tu and tanya…

Ye kak, kenapa?”

“Dik boleh tolong tak? Kereta akak kat depan Econsave habis minyak… Akak mintak tolong sangat-sangat… Akak sekarang nie memang tak ada duit langsung nak isi minyak…”

“Okey, sekarang ni akak nak saya isikan minyak ke macam mana kak? ” (aku agak blur seketika sebeb dia cakap laju bebenor..)

“Akak terpaksa mintak adik duit boleh? Minyak akak boleh isi sendiri… Nanti buat penat adik kena pergi isi pastu datang balik… Adik bagi duit je… Akak memang malu sangat nak mintak. Tadi dah cuba mintak kat orang lain… Tapi semua cakap tak ada duit” (dia nangis)

“Ooo.. Okey-okey, takpe-takpe… Betul nie tak nak saya tolong isikan minyak?”

“Betul dik… Takpe-takpe”

Aku check dompet. Glupp!… Tinggal tak sampai 20 ringgit… Sebab dah bayar tadi kat Econsave. Takpe, aku hulurkan 15 ringgit..

Dia pegang tangan aku. Erat.
“Terima kasih banyak-banyak dik.”
“Sama-sama kak… Maaf tak dapat t0long bagi banyak.”

Then, akak tu pergi aku pun keluar dari basement and buat u-turn kat depan Econsave.
Tetiba korang tau tak, aku nampak akak tu! Nak tau dia kat mana?

Dia dekat kaunter mainan depan shopping tu… Tengah bayar mainan untuk anak dia.
Aku tengok anak dia punya muka memang happy gilerr sambil peluk mainan tu… Anak dia rasanya around 5 tahun kot.

Perasaan aku masa tu… Nak kata marah sebab kena tipu, or geram memang jauh sekali. Tapi aku rasa… Kesian and sedih…
Sampai macam tu sekali dia terpaksa merayu mintak kat orang duit untuk bayar harga mainan anak dia…

Kepada kakak tu (walaupun dia tak baca benda nie) , it’s okay kak… Aku halal kan duit tu… Tapi please don’t do it again… For the sake of your child.

Sumber : Facebook

Adik Kasi Je Duit, Ingatkan Merayu Minta Duit Untuk Isi Minyak Rupa-Rupanya… GERAM!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.