Thursday, January 14, 2016

Tragedi Berdarah Jakarta Dibom, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Setakat Ini!

PUTRAJAYA: Wisma Putra dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengesahkan berdasarkan maklumat terkini diterimanya, tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan di Jakarta, Indonesia pagi tadi. 

Kedutaan Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi perkembangan semasa dan semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang dalam perjalanan ke Jakarta dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga selain mematuhi semua arahan pihak berkuasa negara itu. 

Kedutaan Malaysia di Jalan HR Rasuna Said, Kav.X/6, No 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950, boleh dihubungi menerusi talian 0062215224947. 

Wisma Putra, bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, turut merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Indonesia. 

Tragedi Berdarah Jakarta Dibom, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Setakat Ini!

Berdasarkan laporan Bernama pada 2.20 petang, sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin, pagi tadi. 

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan dilaporkan berkata setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan. 

Beberapa siri letupan juga dilaporkan berlaku di pondok polis di hadapan Sarinah Mall pagi tadi dan polis melaporkan beberapa lelaki yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah anggotanya yang berada dalam pondok berkenaan.

Sumber Berita Harian 

Tragedi Berdarah Jakarta Dibom, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Setakat Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.