Thursday, January 14, 2016

Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya merakamkan detik terindah dalam hidup untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Jurugambar akan ditempah bagi mengambil gambar di hari persandingan. 

Namun pasangan ini menerima hasil bidikan lensa yang kurang memuaskan dari jurugambar yang dipilih.


Difahamkan, mangsa, Erina, membayar jurufoto terbabit pada harga RM500. Namun mereka hanya album itu beberapa bulan kemudian dengan hasil yang amat mengecewakan.
"Sedihnya yang teramat tengok album kahwin. Rasa macam nak bersanding sekali lagi dan rakam gambar sendiri," luahnya di Facebook group Pelamin Pengantin & Hantaran.
"Tunggu berbulan-bulan, hasil macam itu yang awak bagi pada saya? Terima kasih sangat-sangat cik N****** dan suami. Please, jangan buat pada orang lain. Nasib saya, saya terima," katanya. 
Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi

Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi

Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi

Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Erina, hampir keseluruhan gambar dirinya tidak ditonjolkan dengan jelas dalam album tersebut. Ada yang tidak nampak kepala, kedudukan pengantin pula di bahagian pelipat album, gambar pengantin terpejam mata juga turut digunakan.

Bagaimanapun, dalam respon terkini Erina menyatakan bahawa kes itu telah diselesaikan dengan baik di mana pihak jurufoto akan menggantikan dengan album baru. Mereka juga memberikan penjelasan bahawa masalah teknikal telah berlaku ketika album itu dicetak oleh pihak kedua dan masalah bukan berpunca dari mereka.

Sedihnya Tengok Album Kahwin Ni, Rasa Macam Nak Bersanding Sekali Lagi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.