Thursday, January 28, 2016

SAYU! Jenazah 3 Pelajar Malaysia, Mangsa Nahas Di Jordan Disemadikan

KUALA LUMPUR: Jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Mafraq, Jordan, Sabtu lalu, selamat dikebumikan di Machang dan Tumpat, Kelantan malam ini, manakala seorang lagi dikebumikan di Lenggong, Perak, awal pagi Khamis. 

Jenazah Al Najiatun Nailah Mohd Safie dikebumikan pada jam 9.45 malam di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, di sini bersebelahan kubur arwah neneknya, Hasnah Yusof.


Sebelum itu, jenazahnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini dengan pesawat MH 1402 kira-kira jam 7.30 malam. 

Turut hadir menziarah keluarga mangsa dan solat jenazah adalah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

SAYU! Jenazah 3 Pelajar Malaysia, Mangsa Nahas Di Jordan Disemadikan

Ibu mangsa, Rohaizom Omar, 53, meluahkan rasa syukur kerana perjalanan membawa pulang jenazah ke tanah air lancar. 
"Kami sangat terhutang budi kepada pihak kedutaan Malaysia di Jordan kerana sepanjang kami tiba di sana sejak 24 Januari lalu mereka yang banyak mengurus dan membantu.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) kerana membiayai kos penerbangan membawa pulang jenazah," katanya. 
Di MACHANG; Kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan keluarga Hana Azhar, 21, mengiringi jenazah Allahyarham termasuk bapanya, Azhar Salleh, 49, ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok, di sini, sebelum dikebumikan pada jam 11 malam.

Di LENGGONG; Jenazah Fatin Ikmal Idziyani Che Aziz, 21, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Batu, awal pagi Khamis. 

Jenazah tiba dari Kuala Lumpur selepas disembahyangkan di Masjid Al Bukhary di ibu negara.

Ketiga-tiga jenazah Fatin Iqmal, Hana Adzhar dan Al Najiatun Nailah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 4.25 petang, dibawa pulang menggunakan penerbangan Royal Jordanian. 

Jenazah Fatin, yang dibawa menaiki van jenazah diiringi ibunya, Rapidah Mat Rani dan suami beliau, Ahmad Sabri Mat Baharin, keluar dari Kompleks Kargo KLIA kira-kira jam 6.15 petang.

Ketika ditemui pemberita, Rapidah berkata, beliau bersyukur kerana jenazah anaknya selamat tiba di tanah air. 
"Walaupun proses membawa pulang jenazah anak saya memakan masa, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya amat berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 
"Mereka banyak membantu dan begitu prihatin. Kami orang susah, sebelum ini kami banyak berfikir bagaimana untuk menguruskan jenazah arwah Fatin untuk dibawa pulang," katanya.
Sumber Berita Harian

SAYU! Jenazah 3 Pelajar Malaysia, Mangsa Nahas Di Jordan Disemadikan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.