Tuesday, January 5, 2016

SAYU! Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia Di Taska

SHAH ALAM - Kematian seorang bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Gelugor, Pulau Pinang tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Menurut hasil bedah siasat, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid, lapor portal berita tempatan.

Nur Arianna Safiyyah meninggal dunia semalam, selepas ditemui lembik dan sesak nafas oleh pengasuhnya. Dia disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke klinik kesihatan.

Bapanya, Mohammad Shauqi Zainondin, membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecilnya.

Jenazah Nur Ariana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah malam tadi.


SAYU! Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Sumber Sinar Harian 

SAYU! Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia Di Taska Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.