Thursday, January 28, 2016

Remaja Didenda Kerana Pertahankan Diri Dari Dirogol... Siapa Yang Bodoh?!

SONDERBORG, DENMARK: Hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun didenda kerana didakwa menggunakan senjata terlarang semasa mempertahankan diri.

Remaja tersebut mendakwa diserang seorang lelaki kira-kira jam 10 malam di mana lelaki tersebut cuba membuka pakaiannya menyebabkan dia mengeluarkan penyembur lada dan dihalakan ke muka suspek.


Suspek kemudiannya dikatakan berjaya melarikan diri selepas mukanya disembur dengan penyembur lada itu.

Remaja Didenda Kerana Pertahankan Diri Dari Dirogol... Siapa Yang Bodoh?!

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu bahawa undang-undang di Denmark melarang warganya memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray menyebabkan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Orang awam yang mengetahui tentang kejadian yang menimpa remaja tersebut telah melahirkan rasa simpati di mana mereka telah mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Remaja Didenda Kerana Pertahankan Diri Dari Dirogol... Siapa Yang Bodoh?! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.