Tuesday, January 19, 2016

Perghhh! Anda Pasti Tak Percaya... Afdlin Shauki Dedah Punca Sebenar Kritik Trend Penajaan Dato Seri Vida, MENGEJUTKAN Ramai!

Beberapa hari lalu, penerbit dan pelakon Afdlin Shauki dengan beraninya mempersoalkan trend penajaan Dato Seri Vida terhadap TRW. Sekaligus mengundang perhatian netizen yang mengkritik tindakan Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki dalam pada itu memaklumkan beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak mengkritik penaja popular Pamoga Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida yang dilihat cuba menentukan budaya dan integriti pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).


Menurut Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 44, memaklumkan beliau sememangnya bangga kerana ada usahawan tempatan yang menaja sesebuah pasukan bola sepak namun biarlah perjanjian yang dibuat berkonsepkan 'menang-menang' antara dua pihak.
"Saya bangga ada syarikat tempatan yang menaja sesebuah pasukan bola sepak. Tetapi janganlah hanya satu pihak yang menentukan segala-galanya sehinggakan budaya dan integriti pasukan bola sepak itu berubah.
"Sehinggakan untuk bergambar pun, pasukan TRW perlu beraksi dua jari di pipi, seperti yang sering dibuat oleh Datuk Seri Vida, bagi saya itu sudah melampau," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Perghhh! Anda Pasti Tak Percaya... Afdlin Shauki Dedah Punca Sebenar Kritik Trend Penajaan Dato Seri Vida, MENGEJUTKAN Ramai!

Status itu telah menarik perhatian ramai dan ada yang mengkritik pendapat Afdlin dan pada masa sama ada juga yang menyokongnya.

Perghhh! Anda Pasti Tak Percaya... Afdlin Shauki Dedah Punca Sebenar Kritik Trend Penajaan Dato Seri Vida, MENGEJUTKAN Ramai!

Sementara itu, Afdlin Shauki berkata, beliau tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang menghentamnya. Apa yang disampaikan hanyalah pendapat beliau sendiri. Tambahnya Afdlin Shauki lagi, beliau juga meminati pasukan bola sepak tempatan namun tidak bersetuju dengan aksi yang perlu dibuat termasuk mengayakan jari di pipi.
"Ini hanya pendapat dan saya tidak paksa mana-mana pihak untuk menyokong saya.
"Apa yang saya cuba sampaikan ialah walaupun pasukan bola sepak itu ditaja, biarlah perjanjian yang dibuat sesuai dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
"Saya juga meminati pasukan bola sepak tempatan dan pendapat yang saya luahkan itu dibuat dengan cara penuh hormat. Saya pun suka merah jambu. Cuma tak payahlah beraksi (gaya jari di pipi). Hilang warrior dah," tuturnya.
Perghhh! Anda Pasti Tak Percaya... Afdlin Shauki Dedah Punca Sebenar Kritik Trend Penajaan Dato Seri Vida, MENGEJUTKAN Ramai!

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu Afdlin bakal sibuk dengan penggambaran program Siapa Kata Kita Tak World Tour di beberapa negara Eropah.

Selain itu, Afdlin juga bakal sibuk dengan penggambaran dua buah filem terbitannya iaitu Mamadom dan Ponti vs Orang Minyak 2.

Perghhh! Anda Pasti Tak Percaya... Afdlin Shauki Dedah Punca Sebenar Kritik Trend Penajaan Dato Seri Vida, MENGEJUTKAN Ramai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.