Thursday, January 14, 2016

Pengakuan Mengejutkan Rita Sosilawati Isu Taja Pasukan Liga Super... FULAMAK BIAR BETUL?!!

PETALING JAYA: Anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya akhirnya tampil mendedahkan mengenai hasratnya untuk menaja sebuah pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau Rita Sosilawati yang mendedahkan perkara itu kepada mStar Online berkata, beliau berhasrat untuk bekerjasama dengan salah satu daripada empat pasukan bergelar juara musim lalu iaitu  Johor Darul Takzim (JDT), Selangor, Kedah atau Pahang.

Rita yang juga Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) menjelaskan bahawa pilihan empat pasukan tersebut berdasarkan kekuatan dan konsistensi prestasi masing-masing dalam saingan liga.

Tambahnya, ia turut dipengaruhi oleh para penyokong empat pasukan terbabit yang begitu kuat memberikan sokongan kepada skuad  masing-masing yang dapat memberi pulangan kepada perniagaan.
"Sebelum ini, saya menaja program hiburan tetapi saya melihat ada prospek yang baik dalam arena bola sepak untuk saya mengembangkan perniagaan terutama memperkukuhkan strategi pemasaran jenama NV. 
"Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan, saya juga mahu memainkan peranan dalam pembangunan dan kecemerlangan bola sepak di negara ini," katanya kepada mStar Online sambil merujuk mengenai beliau sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi Fantasia 2015. 
Artikel menarik:- Kisah Sayu! Punca Sebenar Lelaki Ini Ditinggal Tunang Terbongkar... MENYEDIHKAN!!

Pengakuan Rita sekali gus menjawab khabar angin menerusi sumber yang mendakwa beliau mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini, sebagaimana dilaporkan mStar Online pada Selasa lalu.

Rita pada Rabu tidak menafikan pendedahan mStar Online mengenai hasratnya untuk bekerjasama dengan Juara Piala Malaysia, Selangor atau Juara Piala AFC iaitu JDT, atau pasukan lain dari utara sekiranya bukan kedua-dua pasukan yang mempunyai kaitan dengan negeri kelahiran bapa (Selangor) dan arwah ibu (Johor).

Sehubungan itu, beliau berharap agar dapat diberikan peluang dan ruang untuk menjalinkan kerjasama dengan salah satu daripada empat pasukan berkenaan dalam membantu memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.
"Dalam konteks ini pastinya ada yang dirisik dan merisik. InsyaAllah, saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan dalam merealisasikan hasrat saya ini," ujar Rita.
Ditanya mengenai beliau sebelum ini dilihat lebih cenderung kepada pasukan JDT berdasarkan perkongsian video dan gambar peribadi di laman sosial, Rita mengakui merupakan penyokong pasukan itu sejak dulu.
"Saya menyokong keempat-empat pasukan ini terutama JDT. Menyokong JDT kerana kebanyakan keluarga saya di Johor. Arwah ibu berasal di Batu Pahat dan secara kebetulan suami saya juga orang Johor. Jadi, hati saya lebih dekat dengan Johor," katanya.
Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik seterusnya yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd jika hasratnya direalisasikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16 juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat tertentu termasuk mengecat stadium berwarna merah jambu.

Sumber Mstar Online 

Pengakuan Mengejutkan Rita Sosilawati Isu Taja Pasukan Liga Super... FULAMAK BIAR BETUL?!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.