Sunday, January 24, 2016

Penemuan Serpihan Terdampar, Malaysia Hantar Pasukan Ke Selatan Thailand!

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar satu pasukan ke selatan Thailand bagi meneliti serpihan dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat di daerah Pak Phanang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa negara itu berhubung penemuan terbabit.

Penemuan Serpihan Terdampar, Malaysia Hantar Pasukan Ke Selatan Thailand!


Penemuan Serpihan Terdampar, Malaysia Hantar Pasukan Ke Selatan Thailand!
"Kira-kira jam 2 petang tadi, pihak berkuasa Thailand sudah memaklumkan berhubung penemuan serpihan, namun tiada sebarang pengesahan sama ada ia adalah serpihan pesawat.
"Sebaik saja ia dikenal pasti sebagai serpihan pesawat, perbincangan lanjut akan dilakukan bagi menentukan langkah seterusnya dari segi proses analisis, termasuk menghantar pasukan penyiasat ke sana," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Sumber Berita Harian

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 




Penemuan Serpihan Terdampar, Malaysia Hantar Pasukan Ke Selatan Thailand! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.