Sunday, January 3, 2016

Pemilik Restoran Kongsi Kisah Diserang 40 Lelaki, MENCEMASKAN!!

GEORGETOWN - Seorang pemilik restoran tomyam berdepan detik cemas apabila restorannya yang terletak di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan topi keledar dan kerusi, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa yang juga warga Thailand bersama isterinya dan tiga pekerja cedera selepas dipukul kira-kira 40 lelaki yang menaiki motosikal.

Difahamkan, kumpulan berkenaan terus melulu ke arah mangsa, isteri dan tiga pekerja dan bertindak memukul mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, kumpulan berkenaan juga merompak rumah mangsa yang terletak bersebelahan dengan restoran berkenaan dan membawa lari wang tunai serta barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM15,000.


Pemilik Restoran Kongsi Kisah Diserang 40 Lelaki, MENCEMASKAN!!

Menurutnya, ketika kejadian, beberapa pelanggan juga berada di dalam restoran berkenaan namun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri. 
“Siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu mengenali beberapa orang ahli kumpulan berkenaan yang dipercayai penduduk di sekitar kawasan Sungai Ara.
“Menurut mangsa, antara punca kejadian mungkin disebabkan dendam seorang suspek yang sebelum ini pernah datang ke kedainya namun minuman yang dipesan lambat sampai dan berlaku pertengkaran antara suspek dengan pekerjanya,” katanya.
Siti Nor Salawati berkata, selepas menerima laporan kejadian, sepasukan polis digerakkan untuk memburu suspek dan polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan pagi semalam.

Katanya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi mengesan kesemua mereka yang terlibat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
"Kesemua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian," katanya.
Laporan Utusan Malaysia pula menyebut seorang mangsa, Mariah Rahmat, 28, yang hamil tiga bulan menyifatkan lelaki tersebut sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Mariah ditolak penyerang dari kumpulan tersebut sehingga perutnya terkena penjuru meja.
“Saya merayu supaya mereka tidak mencederakan kami namun mereka tidak mempedulikannya malah terus memukul pekerja saya menggunakan kerusi dan topi ke­ledar.
“Akibat kejadian itu juga, pekerja-pekerja saya cedera pada bahagian tangan, kepala dan badan termasuk pendarahan dalam mata,” katanya.
Lagi artikel menarik:-

1) (Video) Gigih Berusaha, Tengok Apa Yang Jadi!

2) (VIDEO) Aksi Ngeri Ibu Sarat Mengandung Cetus Tarikan

3) (VIDEO) Dalam Ingatan, Jururawat Kongsi Kisah Disakat Almarhum Tunku Jalil

Pemilik Restoran Kongsi Kisah Diserang 40 Lelaki, MENCEMASKAN!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.