Saturday, January 30, 2016

Pemergian Suami Yang Tersayang Sangat Menghibakan... SAYU!

TANJONG KARANG: Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun di sini telah telah meninggal dunia dalam kejadian disambar petir di Sekolah Menengah di Seksyen 11 di Shah Alam.


Kejadian ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam,  Asisten Komisioner Shafien Mamat mengatakan guru itu dikenal pasti Mohd Farhan Masudi dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Tanjong Karang. 

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa dalam keadaan basah disebabkan hujan lebat dikatakan berteduh bersama-sama lima guru lain di hadapan pintu logam masuk dewan sekolah selepas menjalani aktiviti di padang sekolah.   

Pemergian Suami Yang Tersayang Sangat Menghibakan...SAYU!
"Tiba-tiba berlaku petir menyebabkan mangsa yang bersandar pada pintu  tersebut rebah dan mengalami cedera parah dari bahagian dada ke kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Shah Alam."
Mangasa telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Menurut isterinya, Nor Faizun Habib, 32, beliau mengatakan suaminya berperangai pelik sebelum kejadian berlaku.
“Suami berat hati nak tinggalkan rumah dan renung muka anak lama sangat…tak sangka rupa-rupanya dia nak tinggalkan kami buat selama-lamanya."
Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Sinar Harian    

Pemergian Suami Yang Tersayang Sangat Menghibakan... SAYU! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.