Saturday, January 16, 2016

Pekin Dedah Punca Filem Mat Moto Berjaya Kaut RM1 Juta Hari Pertama Tayangan... Fulamak, Memang Ohsem Lah!!

Pelakon Pekin Ibrahim mencipta sejarah peribadi menerusi filem sulung arahannya, Mat Moto (Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit), berjaya memecah rekod mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama filem tersebut ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Diterbitkan terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Production Sdn Bhd dan Fimtab Professional Film, Pekin dibantu oleh Syafiq Yusof selaku pengarah bersama dalam menghasilkan filem tersebut.

Mat Moto merupakan filem kedua yang mencatat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan selepas KL Gangster yang mengaut RM1.5 juta pada tahun 2011.


Filem ini mengisahkan AL iaitu pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang terkorban dalam nahas jalan raya.

Pekin Dedah Punca Filem Mat Moto Berjaya Kaut RM1 Juta Hari Pertama Tayangan... Fulamak, Memang Ohsem Lah!!

Misi AL yang dilakonkan Pekin, adalah untuk mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal di seluruh negara.

Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha lakonan Falisha. Dalam diam, AL dan Sikha memendam perasaan apabila masing-masing saling jatuh cinta.

Begitupun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan mereka.

Mengulas mengenai kejayaan awal diraih ini, Pekin yang ditemui pada majlis tayangan perdana bertempat di e@Curve, pada Jumaat, berkata,

1. Dia sudah mempromosikan Mat Moto bermula sejak hari pertama penggambaran dan menjadi viral di media sosial.

2. Sekaligus menjadi buah mulut dikalangan peminat-peminat motorsikal sejak dua tahun lalu malah mereka memang dinanti-nantikan tayangannya yang bermula 14 Januari lalu.

3. Kata Pekin, penonton sudah mula membeli tiket empat hari lebih awal daripada hari tayangan perdana.

Pekin Dedah Punca Filem Mat Moto Berjaya Kaut RM1 Juta Hari Pertama Tayangan... Fulamak, Memang Ohsem Lah!!

4. Sebagai seorang peminat motor, Pekin ada menyertai acara-acara yang melibatkan pemotoran dan daripada situ dia mula mendapat ramai kenalan sekaligus memudahkan dia untuk menyebarkan mengenai filem tersebut.

5. Akui Pekin, konflik antara dia dan pengarah Ahmad Idham berhubung judul dan ideal asal filem ini yang pernah tercetus sebelum ini sikit sebanyak membantu mempromosikan lagi filem ini.

6. Difahamkan poster filem ini antara yang turut menjadi tarikan malah buat pertama kali dalam sejarah, ada pihak yang berhasrat mahu membeli poster filem ini.

7. Filem ini turut  menampilkan barisan bintang hebat seperti Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Datuk Rosyam Nor dan Zul Huzaimy sebagai cameo.

8. Mat Moto sebuah filem method-indie yang sarat dengan mesej-mesej berguna dan nilai-nilai baik. 

Lagi artikel menarik:-


Pekin Dedah Punca Filem Mat Moto Berjaya Kaut RM1 Juta Hari Pertama Tayangan... Fulamak, Memang Ohsem Lah!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.