Sunday, January 10, 2016

PANAS! Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Satu ulasan menerusi sebuah blog Kisah Emas Putih telah dibuat mengenai restoran milik Fizo Omar. Menerusi blog tersebut, penulis blog tersebut mengkritik mengenai makanan dan perkhidmatan di restoran milik Fizo Omar iaitu FizoMawar Kitchen

Pelakon Fizo Omar bagaimanapun menganggap ulasan blog tersebut bukan dibuat dengan cara yang betul. Malah baginya kritikan itu sekaligus memberi persepsi yang buruk kepada perniagaanya yang baru sahaja beroperasi selama tiga minggu.
"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.
"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya.
Artikel menarik:- PANAS! Kedai Makan 'Popular' Di Klebang Guna Bahasa Kasar Dengan Pelanggan

PANAS! Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.
"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.
"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.
PANAS! Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Tambah Fizo lagi, beliau akui agak terkilan dengan penulis blog terbabit yang merupakan orang melayu dan sepatutnya menyokong sesama bangsa dalam perniagaan.
"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.
"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.
"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.
Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

PANAS! Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya
Penulis Blog Siti Aminah... 
Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

Menyedari hal tersebut yang menjadi viral, penulis blog terbabit tampil meminta maaf secara peribadi kepada Fizo Omar.
"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.
"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.
Lagi artikel menarik:-

1) Perghhh Bikin Sentap!! Che Ta Tampil Beri Komen Panas Buat Pengkritik Anaknya Di Laman Sosial 

2) Koleksi Gambar Terlampau Fara Mendoza Bersosial Bikin Panas

PANAS! Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.