Korang perasan tak baru-baru ini ada video yang memaparkan kekayaan Dato Seri Vida hangat diperkatakan. Dalam video itu, ada menunjukkan koleksi beg tangan mewah, perhiasan, barang kemas dan mahkota yang cukup sinonim dengan Dato Seri Vida.
Ada yang kagum dengan kejayaan Dato Seri Vida tetapi tidak kurang juga yang mengkritik dan anggap beliau sengaja ingin bermegah dengan kemewahan yang dimilikinya. Alahai biasa lah tu, mesti akan ada orang yang tidak puas hati dengan kita kan?
Artikel menarik:- MENARIK! Dato Seri Vida Kongsi Tips Dan Rahsia Kejayaan, MESTI CUBA!
Dato Seri Vida menjelaskan beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya memenuhi permintaan salah satu program.
"Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebaliknya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak. Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini."

Beliau juga sebenarnya ingin memberikan motivasi kepada penonton bahawa sesuatu itu tidak mustahil untuk dicapai kalau mereka terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya.
Memang salute lah dengan Dato Seri Vida sebab beliau memang seorang yang tabah dan sentiasa berfikiran positif walaupun boleh dikatakan kerap mendapat komen negatif oleh rakyat Malaysia. Terbaiklah Dato Seri Vida! Persetankan apa yang orang lain cakap sebab hanya kita dan DIA je yang tahu niat kita sendiri.
Lagi artikel menarik:-
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.