Wednesday, January 6, 2016

PANAS! Ayahanda Rani Kulup Diangkut Ke Balai

Siapa yang tidak kenal dengan raja report, Rani Kulup atau lebih dikenali dengan panggilan 'ayahanda'. Terkini beliau dikenakan tindakan undang-undang apabila telah 'diangkut' pihak polis dek kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya baru-baru ini.

'Ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.


PANAS! Ayahanda Rani Kulup Diangkut Ke Balai

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

PANAS! Ayahanda Rani Kulup Diangkut Ke Balai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.