Sunday, January 3, 2016

OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!!

Kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh jutaan rakyat Malaysia kepada Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berhubung kaedah meningkatkan pendapatan tidak melemahkan semangat beliau untuk berkongsi pendapat dan idea kepada netizen di luar sana. 

Kali ini menerusi hashtag #TambahPendapatan, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menggesa rakyat Malaysia menggunakan formula PKPK iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan jika ingin berjaya.

Katanya usaha yang dirancang perlu bersifat jangka pendek dan panjang.

Tambah beliau bagi yang sudah mempunyai pekerjaan, mereka boleh melakukan perniagaan secara dalam talian pada waktu malam dan hujung minggu.

Namun katanya langkah berkenaan bagaimanapun mesti selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk pekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.


OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!!

Selain itu Ahmad turut berpesan kepada rakyat supaya mencari rezeki dengan cara yang halal.

OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!!
"Sembilan daripada 10 punca kekayaan adalah sumber perniagaan, pesan Nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih," katanya di Twitter.
Selain itu, Ahmad turut berkongsi bahawa beliau tahu menoreh getah kerana ibu bapa beliau juga merupakan penoreh.

OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!!

Sebelum ini Ahli Parlimen Pontian itu dikritik selepas beliau mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu dalam konteks agar rakyat menjalankan pernigaan dalam talian selain pekerjaan tetap masing-masing.

Ahmad berkata beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.

Lagi artikel menarik:- 





OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.