Tuesday, January 5, 2016

Misteri Fenomena Laut Merah Di Kuantan Akhirnya Terjawab!

KUANTAN - Kuantan Port Konsortium (KPC) menafikan fenomena laut merah di kawasan Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan disebabkan oleh sisa bauksit dari simpanan bauksit (stockpile) di Pelabuhan Kuantan.

Ketua Pegawai Operasi Kuantan Port Consortium Sdn Bhd Datuk Ir Khasbullah A Kadir berkata, fenomena laut merah di kedua-dua lokasi itu berpunca daripada sumber berbeza.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ia tiada kaitan dengan Sungai Pengorak memandangkan Sungai Balok dan Sungai Tunggak tidak bercantum dengan Sungai Pengorak di Pelabuhan Kuantan
“Kita ada menyediakan sistem penapisan supaya air yang mengalir ke laut dalam keadaan terkawal, kalau kita lihat air di Sungai Pengorak tidak terjejas seperti di kawasan lain ketika kejadian pada 29 Disember lalu.
“Hujan pada 27 hingga 29 Disember 2015 merobohkan tiga besi penapis namun sistem penapis masih berfungsi dan mampu menapis sisa bauksit seterusnya mengurangkan kotoran ke Sungai Pengorak,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Artikel menarik:- OHSEM! Ahmad Maslan Kongsi Tips Tambah Pendapatan, TAK CUBA RUGI!!

Misteri Fenomena Laut Merah Di Kuantan Akhirnya Terjawab!

Justeru, KPC menolak dakwaan pencemaran di Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam berpunca daripada sisa bauksit di Sungai Pengorak.

Khasbullah berkata, pihaknya mengakui dengan jumlah hampir 3,000 lori bauksit yang keluar masuk ke Pelabuhan Kuantan menyebabkan aspek kebersihan tidak mampu ditangani sepenuhnya.

Bagaimana pun katanya, KPC sedaya upaya mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan pencemaran ekoran daripada aktiviti mengangkut bauksit ke Pelabuhan Kuantan.
“Selain jumlah lori yang banyak, pertambahan kargo yang meningkat mendadak apabila 3.5 juta tan bauksit daripada  4.3 juta tan daripada jumlah keseluruhan eksport di Pelabuhan Kuantan dalam sebulan.
“Melalui kaedah sedia ada yang digunakan, ia tidak mampu menangani 100 peratus keadaan kotor dan pencemaran,” katanya.
Dalam pada itu, Khasbullah berkata, pihaknya akan menggunakan sistem conveyor untuk mengangkut bauksit dari tempat penyimpanan ke kapal.

Beliau berkata, sistem itu dalam proses akhir reka bentuk yang dikendalikan kontraktor tempatan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
“Sistem itu melibatkan kos RM120 juta dan peralatan tersebut dari  China. Melalui sistem itu nanti, tiada lori akan digunakan untuk mengangkut bauksit ke kapal sebaliknya menggunakan conveyor terus ke kapal.
“Ini akan mengatasi masalah sisa bauksit melimpah ke dalam laut dan berharap dapat menyelesaikan isu pencemaran,” katanya.
Bagaimana pun katanya, sistem itu hanya akan digunakan di kawasan Pelabuhan Kuantan sahaja dan tidak di kawasan lain.

Selain itu katanya, KPC juga bercadang untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk menggunakan laluan kereta api lama di Gebeng.

Katanya, perbincangan lanjut akan diadakan bersama kerajaan negeri sebagai langkah jangka panjang mengatasi isu pencemaran bauksit.

Pada sidang media itu, media turut dibawa melihat sendiri sistem kolam tadahan yang disediakan untuk menapis sisa bauksit sebelum dialirkan ke Sungai Pengorak.

Selain itu, media turut di bawa melihat proses pencucian lori dari tempat penyimpanan untuk ke kapal.

Sumber Sinar Harian 

Misteri Fenomena Laut Merah Di Kuantan Akhirnya Terjawab! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.