Tuesday, January 5, 2016

MESTI BACA! Komen Panas Dato Seri Vida Susulan Syarat Yang Dikenakan Sebelum Taja TRW

Sehingga kini menjadi bualan hangat di media sosial selepas tersebarnya berita bahawa Dato Seri vida bakal menaja pasukan TRW. Lebih hangat lagi apabila Dato Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:

1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.

2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.


Syarat yang dikenakan Dato Seri vida itu sekaligus mengundang perhatian netizen, tidak kurang juga bagi peminat bola sepak Kelantan. Disebalik ada yang bersetuju dengan syarat yang dikenakan namun terdapat juga segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan syarat yang diberikan Dato Seri Vida.

MESTI BACA! Komen Panas Dato Seri Vida Susulan Syarat Yang Dikenakan Taja TRW

Dato Seri Vida selaku Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bagaimanapun tetap berkeras dengan syarat yang dikenakan itu iaitu pihak KAFA harus menerima syarat yang ditetapkan olehnya sebelum beliau menaja badan induk bola sepak negeri itu.

Ketika ditanya adakah nama Pamoga Qu Puteh TRW digunakan hanya untuk jolokan pasukan Kelantan seperti Selangor yang menggunakan gelaran Red Giants sebaliknya beliau menjawab tidak.
"Nama itu meliputi kesemua setiap perlawanan dilalui dalam Liga Malaysia pasukan Kelantan termasuk Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.
"Anda lihat mengapa Negeri Sembilan Matrix boleh guna penaja. Jadi, saya rasa tiada masalah Kafa menggunakan nama Pamoga Qu Puteh TRW pada setiap pertandingan disertai.
"Berhubung warna stadium, saya bukan saja-saja nak tukar. Warna merah jambu dilihat menarik dan mungkin ada sedikit campuran warna putih pada luar dan dalam stadium. Kita mahu apabila peminat hadir ke stadium, mereka akan lihat suasana penuh ceria.
"Dan stadium itu nanti boleh menjadi mercu tanda negeri Kelantan," katanya.
MESTI BACA! Komen Panas Dato Seri Vida Susulan Syarat Yang Dikenakan Sebelum Taja TRW

Semalam, Kafa dijangka memuktamadkan keputusan berhubung penajaan Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan The Red Warriors (TRW) dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, keputusan tersebut bakal diketahui sebaik presidennya, Tan Sri Annuar Musa kembali daripada mengerjakan umrah, pada 7 Januari ini.

Lagi artikel menarik:-



MESTI BACA! Komen Panas Dato Seri Vida Susulan Syarat Yang Dikenakan Sebelum Taja TRW Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.