Wednesday, January 27, 2016

MESTI BACA! Inilah Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & The Majistret (Potret)

Tahniah diucapkan kepada Akim & Majistret kerana telah berjaya merangkul gelaran Juara di Anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu edisi ke-30 (AJL 30) Ahad lalu.
“Lagu Potret ialah gambaran pengalaman saya ketika kehilangan seorang ustaz yang saya kagumi ketika belajar di sebuah sekolah agama,” kata Kamar Empayar atau Afham Zulhilmi mengenai karya Potret. 
Artikel menarik:- Polis Gertak Kami 'Tak Payah Solat La' Di AJL30... Lelaki Bengang Dedah Perkara Sebenar, HARAM JADAH!

Penulis lirik yang juga abang kepada penyanyi, Akim, itu berkata, beliau mencuba sebaik mungkin bagi menyempurnakan melodi yang dikirimkan oleh adiknya itu menerusi e-mel.

MESTI BACA! Inilah Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & The Majistret (Potret)

Afham yang juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi itu turut memberitahu, sebaik saja menerima melodi terbabit, beliau menggarap liriknya dalam tempoh lima minit saja. 
"Saya garap pengalaman itu berdasarkan melodi yang Akim berikan. Ilham pula keluar secara spontan kerana saya sudah mempunyai subjeknya. Saya memang tiada latar belakang muzik yang kuat. Saya lakukan semua ini berdasarkan minat dan pengetahuan yang ada." Katanya yang julung kali mencuba bakat dalam bidang penulisan lirik lagu.
MESTI BACA! Inilah Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & The Majistret (Potret) 
"Lagu berkenaan bukan sahaja membawa tuah kepada Afham dan Akim apabila dinobatkan sebagai juara, malah penyanyi itu dan kumpulannya The Majistret juga diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada pertandingan yang sudah pun mencecah usia tiga dekad itu."
MESTI BACA! Inilah Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & The Majistret (Potret)

Potret bukan karya pertama dan terakhir yang menyaksikan gandingan dua beradik berkenaan kerana Akim sendiri akan terus memberikan peluang kepada abangnya berkarya menerusi lagu ciptaannya nanti.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 



MESTI BACA! Inilah Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & The Majistret (Potret) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.