Sunday, January 10, 2016

MENGEJUTKAN! KAFA Terima 33 Lagi Syarat Tambahan Dari Dato Seri Vida

Penganjuran kejohanan Piala Datuk Seri Vida di peringkat sekolah rendah dan menengah, adalah satu daripada 33 syarat tambahan yang dikemukakan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, dalam perjanjian penajaan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, penganjuran kejohanan ini lebih penting, selain dua syarat awal yang digariskan kepada Kafa sebelum ini.
"Ia lebih penting selain stadium pink dan nama baharu The Red Warriors (TRW) kerana ini platform untuk mencungkil bakat baharu dalam arena bola sepak negara terutamanya di peringkat akar umbi," katanya.
Vida berkata idea penganjuran kejohanan ini timbul selepas mengenang kesungguhan dan minat dua arwah anaknya terhadap sukan tersebut.

Dua anak lelaki Vida, Eddie Zuhdi Mohd Amin dan Edrie Zikrie, maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingat di Meru Hill, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013. - WOWW! Inilah Info Menarik Dato Seri Vida Yang Ramai Tidak Tahu... MENGEJUTKAN!!

MENGEJUTKAN! KAFA Terima 33 Lagi Syarat Tambahan Dari Dato Seri Vida


Kebakaran itu memusnahkan hampir keseluruhan rumah teres tepi dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangannya.
“Dua putera yang amat saya sayangi meminati sukan ini. Mereka ada pasukan sendiri, Pamoga FC, yang ditubuhkan setahun sebelum pemergian mereka.
“Jauh di sudut hati, masa ada arwah, saya ada nak buat padang bola sendiri. Walaupun mereka masih kecil, mereka berjaya cari penaja, ada jersi sendiri. Jadi, saya mahu ramai yang berbakat seperti anak saya dilahirkan,” katanya kepada mStar Online.
MENGEJUTKAN! KAFA Terima 33 Lagi Syarat Tambahan Dari Dato Seri Vida

Usahawan kosmetik terkemuka itu berkata beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Kafa untuk menganjurkan kejohanan ini, sebagaimana yang dipersetujui kedua-dua pihak.
“Kejohanan ini akan dibahagikan mengikut kategori dan penyertaan terbuka kepada seluruh negara. Syarat- syarat pertandingan akan saya tentukan dan Kafa hanya perlu anjurkan sahaja. 
"Jika ia diadakan di Kelantan tiada masalah bagi Kafa tapi penganjuran luar negeri itu saya rasa ia perlu mendapat kelulusan FAM. Apa-apapun saya yakin Kafa lebih arif mengenai perkara ini.
Sumber Mstar Online 

MENGEJUTKAN! KAFA Terima 33 Lagi Syarat Tambahan Dari Dato Seri Vida Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.