Wednesday, January 6, 2016

Mangsa Culik Amirah Atirah Didakwa Mahkamah Buat Laporan Palsu!

KLANG: Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa diculik Disember lalu, mengaku bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi. 

Dia yang memakai baju hospital berwarna hijau, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad. 

Dia didakwa mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu. 

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu. 


Terdahulu, teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa di mahkamah yang sama kerana melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah. 

Mangsa Culik Amirah Atirah Didakwa Mahkamah Buat Laporan Palsu!

Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali. 

Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar. 

Bagaimanapun, pada 31 Disember lalu, jam 7.45 malam, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Sumber Berita Harian 

Mangsa Culik Amirah Atirah Didakwa Mahkamah Buat Laporan Palsu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.