Sunday, January 3, 2016

Mana Satu Yang betul, InsyaAllah Atau In Sha Allah? UAI Rungkai Persoalan!

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan. 

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya:

Soalan: 
Salam Ustaz. Saya jawab msg dari seorg kawan, dlm msg tersebut saya ada tulis INSYAALLAH. Kawan saya kata tak boleh tulis mcm tu sebaliknya kena tulis IN SYAA ALLAH (ditulis secara berasingan). Kerana INSYAALLAH membawa maksud menciptakan Allah, sedangkan IN SYAA ALLAH maksudnya Jika Dikehendaki Allah? Mohon penjelasan dari ust.


Mana Satu Yang betul, InsyaAllah Atau In Sha Allah? UAI Rungkai Persoalan!

Jawapan:
Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ شَاءَ اللهُ dalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.  

Wallahu a’lam.

Berikut pula jawapan dari Big Boh Ustaz kesayangan ramai, Ustaz Azhar Idrus. Fahami betul-betul.

Hal-hal sebegini sebaiknya jangan disebarkan sewanang-wenangnya tanpa usul periksa dan kepastian terlebih dahulu. Hal seperti ini yang memerlukan ilmu kefahaman tentang tajwid. Khuatir sebaran maklumat tersebut tidak tepat bagi kita dan bukan memperjelas malah memberi kekeliruan. Diharapkan penjelasan di atas mampu memberikan kefahaman kepada kita semua. 

Teruskan menyebarkan dakwah para sahabat. Semoga bermanfaat! :)





Mana Satu Yang betul, InsyaAllah Atau In Sha Allah? UAI Rungkai Persoalan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.