Thursday, January 28, 2016

Luahan Sayu Keluarga Mangsa Nahas Kemalangan Di Jordan Bikin SEBAK!!

Raut wajahnya kelihatan tenang. Meskipun kehilangan cucu namun masih terpancar keredaan pada Timah Hussin, 80.

Begitupun, sebaik saja warga emas ini membuka mulut, terasa kesedihan di dalam hatinya dan terasa kerinduan yang amat mendalam terhadap cucunya.
"Saya bersyukur kerana dapat melihat wajah Fatin buat kali terakhir. Rasa terubat kerinduan pada cucu saya selepas menatap wajahnya," katanya.
Artikel menarik:- KISAH PILU! Si Ayah Dan Anak Tidur MEREMPAT Di RnR Pada Hari Raya... SEBAK!!

Demikian luahan nenek kepada pelajar tahun tiga Universiti Mu'tah, Jordan, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, 21, ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumian cucunya itu.

Menceritakan kembali detik dia mendapat berita itu, Timah mengakui terkejut apabila mendapat tahu insiden tersebut namun dia reda dengan ketentuan ALLAH.

Luahan Sayu Keluarga Mangsa Nahas Kemalangan Di Jordan Bikin SEBAK!!

Baginya, arwah agak rapat dengannya kerana pernah tinggal bersamanya sejak berumur tiga tahun dan kehilangannya amat dirasai Timah.
"Namun, saya lega kerana urusan pengebumian akhirnya selesai. Cuma, sedih sebab selepas ini saya cuma boleh bayangkan mukanya kerana dia tidak lagi berada di depan mata.
"Kali terakhir saya jumpa Fatin pada Hari Raya Aidiladha lepas. Pada masa itu, dia kelihatan agak lain kerana kurang celotehnya.
"Kawan-kawan dia juga ada tanya Fatin tidak mahu balik kampung ke dan dia jawab dia mahu tinggal di sini (Jordan) kerana itu tempat dia. Tidak pastilah apa yang dimaksudkannya itu," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, ibu dan bapa kandung pelajar malang tersebut melahirkan rasa syukur apabila urusan pengebumian anaknya selesai dengan baik walaupun agak lewat.

Ibunya, Rapidah Mat Rani, 47, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang memberi bantuan penuh kepadanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pengebumian pelajar itu di Kampung Banggol Batu, tengah malam semalam.

Kira-kira 100 penduduk kampung dan sanak saudara mangsa berkumpul di Masjid Ehsaniah, Kampung Banggol Batu bagi menunggu ketibaan jenazah.

Allahyarham yang terlibat dalam insiden kemalangan di Jordan pada Sabtu itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah kira-kira jam 1.05 pagi semalam.

Jenazah pelajar malang tersebut tiba di masjid tepat jam 12.00 tengah malam diiringi ibunya, Rapidah Mat Rani dan bapa kandungnya, Che Aziz Che Mahmood, 49, menaiki van jenazah dari Kuala Lumpur.

Sebelum itu, ibu bapa mangsa menuntut mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Sembahyang jenazah pelajar itu dilakukan di Masjid Al-Bukhary Jalan Hang Tuah sebelum terus dibawa ke Lenggong untuk pengebumian.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut hadir ke masjid tersebut dan menyertai solat jenazah.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 



Luahan Sayu Keluarga Mangsa Nahas Kemalangan Di Jordan Bikin SEBAK!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.