Tuesday, January 5, 2016

Kisah Renungan Bersama: Sampai Masa Rumah Kita Pun Dalam Tanah... Jangan Riak, Jangan Takbur!

Setiap dari yang bernyawa pasti akan merasai mati, bila tarikh kematian tidak siapa pun yang mengetahui malah menjadi rahsiaNYA. Namun apa yang pasti bila tiba saat itu, ajal akan menjemput!

Tidak dapat dinafikan ramai diantara kita yang gagal memenuhi tuntutan agama, perkara yang WAJIB ditunaikan oleh mereka yang bergelar umat Islam.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi salah sebuah laman Facebook Aza Radzali menceritakan pengalamannya yang kehilangan insan terdekat membuatkan diri menginsafi apa yang dilakukan selama beliau bergelar muslim.


Kisah Renungan Bersama: Sampai Masa Rumah Kita Pun Dalam Tanah... Jangan Riak, Jangan Takbur!

Ikuti kisah selanjutnya:- 

Barulah terasa betulnya bila dah melihat sendiri orang terdekat. Arwah member memang rajin bekerja. Umur 22 tahun sudah memiliki dua buah kereta dan dua buah motosikal yang dibeli secara tunai. Tetapi bila sampai masa, semua itu dia tinggal. 

Tengok proses dikebumikan, terbayang-bayang dalam kepala otak ini. Hari ini aku kerja pagi petang,cari duit. Kadang-kadang sambung ke malam, semata-mata mengejar harta dunia, teringin nak pakai itu ini. Sampai solat 5 minit pun aku tak endah. 

Kisah Renungan Bersama: Sampai Masa Rumah Kita Pun Dalam Tanah... Jangan Riak, Jangan Takbur!

Nak kata 15 kali satu hari, tak juga. 5 waktu saja pun. Jahilnya aku. Itu yang wajib, belum lagi yang sunat. 

Bila dah sampai ajal, semua itu dia tinggalkan. Tiada nilai, amalan saja yang dia bawa. Sekarang bantal pun tanah, baju pun kain kapan, perfume pun kapur barus, rumah pun dalam tanah dengan selut dengan lecak, dinding pun papan, lampu pun tak ada dan hanya ditemani gelap gelita. Tinggallah seorang diri menunggu kehadiran malaikat utusan Allah.

Tak dapat bayangkan, apa pula nasib aku nanti. Allahurabbi. Semoga pemergian kau menjadi titik permulaan keinsafan dalam diriku ini.

Lagi artikel menarik:-



Kisah Renungan Bersama: Sampai Masa Rumah Kita Pun Dalam Tanah... Jangan Riak, Jangan Takbur! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.