Tuesday, January 26, 2016

Jenazah Tiga Mangsa Nahas Di Jordan Tiba Tanah Air Esok!

KUALA LUMPUR: Jenazah tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di Jordan Sabtu lalu, akan diterbangkan ke tanah air esok pagi dengan penerbangan Royal Jordanian Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira jam 4.25 petang. 


Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jenazah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz akan diterima oleh waris beliau di Kuala Lumpur manakala jenazah Hana Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie akan diterbangkan ke Kota Bharu dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada hari yang sama kira-kira jam 6.25 petang.

Jenazah Tiga Mangsa Nahas Di Jordan Tiba Tanah Air Esok!

Tiga pelajar berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya di negara itu pada jam 8.30 pagi Sabtu lalu. Dua pelajar lagi yang cedera ialah Fatin Noor Syahirah Ramli dan Muhammad Izzam Hasif Anuwar. Semua mangsa berusia 21 tahun dan penuntut Universiti Mu'tah di Jordan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki lima mangsa berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Mereka dikatakan berkonvoi bersama empat kereta lain untuk satu program lawatan.

Sumber Berita Harian

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Jenazah Tiga Mangsa Nahas Di Jordan Tiba Tanah Air Esok! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.