Monday, January 25, 2016

Jenazah Mangsa Kemalangan Di Jordan, Hana Dikebumi Di Machang

KOTA BHARU: "Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan membawa pulang jenazah Hana dan dikebumikan di Machang, Kelantan," kata Azhar Salleh, 49, iaitu bapa kepada Hana, 21, pelajar Malaysia di Jordan yang maut dalam kemalangan di Mafraq, sabtu. 

Katanya, sehingga kini proses perbincangan pihak kedutaan dengan Hospital Mafraq, Jordan masih dilakukan dan berharap urusan itu dipermudahkan. 
"Saya reda dan menerima kejadian yang menimpa keluarga kami dengan hati terbuka walaupun sedih. Saya berharap kami kuat menempuhi ujian ini," katanya yang kini berada di Hospital Mafraq, Jordan. 
Artikel menarik:- TAKZIAH! Pelajar Malaysia Maut Nahas Kemalangan Di Jordan

Jenazah Mangsa Kemalangan Di Jordan, Hana Akan Dikebumi Di Machang

Azhar yang bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Kelantan di Kaherah, Mesir sejak tiga tahun lalu berkata, kali terakhir dia menemui anak perempuannya pada Ogos tahun lalu ketika bercuti. 
"Perbualan saya dengan Hana kali terakhir pada Sabtu lalu dan anak sulung saya meminta supaya kami mendoakannya kerana dia akan menduduki peperiksaan. 
"Saya tidak sangka itu perbualan terakhir kami dan Hana seorang anak yang baik. Keadaan isteri saya, Hartina Abdul Ghani, 47, masih bersedih memandangkan Hana anak sulung daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan," katanya. 
Jenazah Mangsa Kemalangan Di Jordan, Hana Akan Dikebumi Di Machang
Mangsa Kemalangan Jalan Raya Di Jordan...
Azhar berkata, hasrat untuk membawa pulang Hana ke tanah air dan mengerjakan umrah pada Jun ini tidak kesampaian.

Sumber Berita Harian 

Jenazah Mangsa Kemalangan Di Jordan, Hana Dikebumi Di Machang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.