Thursday, January 7, 2016

(GAMBAR) Wajah Menakutkan Mak Nyah Selepas Pembedahan Plastik... MENGEJUTKAN!

Wang sebanyak RM336,000 yang dibelanjakan untuk pembedahan nampaknya tidak mendatangkan hasil kepada Fulvia Pellegrino malah bibirnya yang disuntik lebih 150 kali, empat kali implan bagi besarkan payudara dan dua kali sedut lemak, menyebabkan rupanya nampak menyeramkan.

Bagaimanapun sebagai solusi pondan yang berasal dari Itali itu kini bercadang untuk melakukan lebih banyak pembedahan.

Tambah mengejutkan isterinya yang dikenali sebagai Marisa, menyokong suaminya itu meskipun hubungan mereka kini lebih kepada adik beradik perempuan.
“Saya tidak gembira kerana badan saya masih belum sempurna,’’ kata Fulvia.
Dia berusia 15 tahun ketika menyedari dia adalah transgender namun disebabkan keluarganya menentang, dia mendiamkan diri.

(GAMBAR) Wajah Menakutkan Mak Nyah Selepas Pembedahan Plastik... MENGEJUTKAN!

Malah ketika bertemu Marisa, 32 tahun lalu, Fulvia merahsiakan kehidupan dua alamnya dan secara rahsia mengunjungi kelab gay.

Akhirnya Fulvia tidak dapat lagi menyembunyikan diri dan menceritakan mengenai keadaan sebenar kepada Marisa.
“Marisa hilang kata-kata, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Hari ini, saya dan Marisa lebih kepada adik beradik perempuan.
“Kami tinggal bersama dan bergaduh seperti pasangan normal lain tetapi bukan sebagai suami isteri,’’ katanya. 
(GAMBAR) Wajah Menakutkan Mak Nyah Selepas Pembedahan Plastik... MENGEJUTKAN!

(GAMBAR) Wajah Menakutkan Mak Nyah Selepas Pembedahan Plastik... MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.