Tuesday, January 12, 2016

Dato Seri Vida Dapat Tawaran Berlakon, Dedah Watak Idaman!

Kuala Lumpur: Selepas menarik perhatian ramai dengan keputusannya untuk menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk kecantikan Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, 44, bakal mencipta kejutan lagi apabila memaklumkan dia bakal bergelar pelakon dan penerbit filem.

Vida ketika dihubungi berkata, dia ada mendapat tawaran berlakon daripada pengarah drama Michael Ang.
“Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” katanya yang hanya akan menyatakan persetujuan untuk berlakon menjelang bulan depan.
Vida berkata, jika berlakon dia mengidamkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada 2014.
“Saya sukakan watak-watak fantasi,” katanya.

Artikel menarik:- MENGEJUTKAN! Inilah Nasihat Polis Buat Dato Seri Vida Bikin Telinga Panas

Dato Seri Vida Dapat Tawaran Berlakon, Dedah Watak Idaman!

Selain itu, dia juga bakal menerbitkan filem, namun enggan berkongsi mengenai jalan ceritanya.
“Jalan ceritanya masih lagi dirahsiakan tetapi apa yang boleh saya katakan, filem ini memang akan menjadi filem yang sangat luar biasa," katanya.
Sumber Harian Metro

Dato Seri Vida Dapat Tawaran Berlakon, Dedah Watak Idaman! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.